Friday, 27 May 2011

Kawan Baik Adalah Satu Anugerah..

Assalamualaikum..
Hi my dear friends,

Setiap orang pasti mempunyai kawan rapat dalam bahasa omputihnya "Bestfriend", kalau Paris Hilton sebut BFF..barulah vouge kn?? kihkih..Bukan senang kita nak mempunyai kawan yang betul serasi, yang sanggup susah senang bersama-sama kita..kalau you all ada kawan yang macam aku maksudkan, peganglah dia kuat-kuat supaya dia tak lari..tapi you all jangan lah pulak tambat kawan tu kat pokok bukan maksud aku macam tu..just hargai dia dengan buat lah sesuatu yang dia tak mungkin lupakan you all..Untuk menghargai my BFF si Maknenek yang telah hampir 8 tahun duk tahan telinga mendengar cerita aku walaupun aku tahu suara aku ni seolah-olah bunyi nyamuk lalu di hujung telinga, sekejap kau dengar sekejap kau tak dengar..jahat kau kan, tak ikhlas!!..Aku nak senaraikan kenangan dan jasa baik dia yang aku sangat hargai dan membuatkan aku sayang dia dulu kini dan selamanya.

9 perkara buat aku sayang kawan baik aku..

1) Kau sanggup bagi aku tampar muka kau dengan selipar jamban masa kita reunion dulu..maaf aku tak sengaja lah kawan..aku sayang kau.

2)  Kau sanggup tadah muntah aku yang berperisa roti bilis bila kau kata "ehh..tu roti yang aku beli dua minggu lepas, aku lupa nak buang, ingat nak sorok dari kau sebab kau suka perabis makanan aku"..terima kasih kawan sebab tolong ingatkan aku walau pun dah terlewat..aku sayang kau

3)  Kau pernah gigit BCG aku sampai tangan aku jadi kebas..tak apa kawan, aku tahu kau suka bergurau manja..aku sabar..sebab aku sayang kau.

4)   Kau pernah tolong kutip maggi kari aku yang tertumpah atas lantai sambil ketawa kau bagi aku makan..aku tahu kau sangat risau aku lapar sebab cuma maggi tu saja makanan yang ada..terima kasih kawan..aku sayang kau.

5)  Kau suka paksa aku bawak motor kau walaupun kau tahu aku tak pandai..kononnya kau nak aku jadi minah rempit paling top kat Kuantan..terima kasih kawan sebab kau aku tak lulus lesen..aku sayang kau..

6)  Kau suka paksa aku naik bas ekspress, walaupun kau tahu aku selalu tertonggeng depan bas bila bas nak berhenti..kau saja nak pedajal aku..tapi kata kau sangat risau aku drive sorang jauh-jauh..terima kasih kawan..aku sayang kau.

7) Kau suka belanja aku makan ayam KFC..kata kau ayam buat aku sihat,kau ikhlas..tapi hakikatnya kau ada muslihat, kau risau badan aku lagi cantik dari kau..tapi tak apa..aku sayang kau.

8)  Bila aku menangis, kau sanggup lap kan hingus aku di baju kau..kata kau tak suka tengok aku sedih..tapi hakikat kau malu kalau orang ingat kau bawak budak tiga suku...terima kasih kawan..aku sayang kau.

9)  Kau sanggup temukan aku dengan penulis Novel thriller kesayanganku Ramlee Awang Murshid supaya beliau bacakan buku untuk aku..kata kau kesiankan aku penat membaca..baiknya kau..atau kau yang penat teman aku cari buku?? btw..idea kau sangat bernas..terima kasih kawan..aku sayang kau.


Maknenek..kau jangan nak membebel lagi kata aku tak cerita pasal kau..ni entri pertama and terakhir untuk kau ok?? Bosan!!

Thursday, 26 May 2011

Tips Jawapan Bagi Soalan Killer Pasal Kahwin..

Assalamualaikum..
Hi my dear friends,

Lately memang ramai gile kawan-kawan aku kahwin, senang cerita tinggal aku jerk lagi yang belum sampai seru...bukan seru tapi jodoh..Tahniah buat kawan-kawan yang dah berumahtangga,doakan korang bahagia sampai bila-bila and dapat anak yang bijak lagi baik lagi comel cam aku..kueng..kueng..

Itu cerita kawan sekolah kahwin..yang paling best orang kampung aku tiap-tiap minggu mesti ade kenduri..kalau lah kerajaan terbalikkan dalam seminggu ada 5 hari bercuti dan 2 hari bekerja..aku rasa beras kat rumah aku memang save lah, mesti duit simpanan ASB aku berkepuk-kepuk kalah Donald Trump..masakan tidak,bila habis kenduri confirm lah tuan rumah kasi lauk and nasi bungkus bawak balik..kalau bole nak buat pondok drive thru macam McDonald tu..hahahaha...lagi banyak sedekah,lagi banyak rezeki kan..Alhamdulillah..

Tapi yang buat jadi tak berapa nak best, aku wajib balik untuk attend kenduri orang kampung..kadang-kadang aku pun tak kenal tuan rumah tu, kerana nak jaga hati mak kesayangan..muah..muah (hutang bulan ni skip ke bulan depan yer mak)..aku buat-buat lah kenal salam peluk cium dengan tuan rumah.. Dan perkara paling tak best yang bole buat muka aku jadi macam orang terhidu bau kentut seminggu tak berak.."aku tengok mata kau tu makin berkedut..bile lagi nak langsung??" tiap kali selisih dengan orang kampung itu lah soalan yang aku dh hafal..memang dah agak dah..terima kasih makcik sebab sangat-sangat ambil berat pasal aku..entah-entah makcik perli aku tak??

Sekarang aku nak bagi tips jawapan untuk you all yang bujang kalau makcik kepoh duk sibuk tanya soalan killer nih:-

1)  Sebelum makcik tanya saya..saya nak tanya makcik, anak makcik yang kakak kepada kawan satu kelas saya tu dah kahwin?? kenduri saya lepas tu lah..(tanya dalam nada sopan tau,nanti kene penampar pulak)

2)  Lembu kat kampung ni tak cukup nak buat kenduri saya, tengah tunggu lembu Pak Mat beranak dulu..nak beli daging import risau orang tua kat kampung ni tak bole makan..(termasuklah makcik tu kan..kihkih)

3)  Tarikh semua orang dah booking..tunggu orang kampung ni habis kahwin semua dulu..

4)  Saya tak suka orang muda-muda..saya suka orang tua kat kampung ni je..Suami makcik baik, saya    suke..hehe..(memang sah korang kene simbah dengan lauk kenduri..standby nganga mulut jerk)

5)  Nanti 30hb Februari..makcik datang yer..tak datang saya merajuk..hahaha..memang confirm makcik tu tension selak kalender tak jumpa tarikh..

ok tak alasan macam tu?? bukan apa, kadang-kadang orang tak memahami..setiap kita manusia yang ada akal fikiran dan perasaan, mesti inginkan perkahwinan and ada big happy family macam cartoon Shrek tu kan..tapi kalau memang belum jodoh..kalau takdir dah tertulis.."Kau Minah (bukan nama sebenar) jodoh kau dengan anak Si Pak Andak Bedul yang bila umur dia masuk 25 thn"..tapi tahun ni anak Si Pak Andak Bedul baru 10 thn dan umur kita dah 26thn..bile bahagi darab tambah tolak..nak tunggu umur si lelaki tu 25thn, umur kita dh cecah 41 thn..apa nak di kata..dah suratan takdir and jodoh dah tertulis..Makcik nak jawab ke??..confirm makcik tu balik rumah duk tekan-tekan calculator nak jawab soalan matematik aku tu...kihkihkih..makcik..makcik..

* Pada You all yang masih bujang, jangan lah risau, umur hanyalah angka yang penting kita awet muda..kihkih

Tuesday, 24 May 2011

Tahniah Dekja..dewasa dah kau..(^_^)

Hi my dear friends,

Khamis lepas aku terpaksa amik cuti..cuti lagi..maaf ye boss, walaupun boss sign borang cuti tu, muka boss tetap menunjukkan sign tak ikhlas..ok lah kan daripada aku tiru sign boss lagi..hehe..nak buat camne adik punya pasal..orang dah konvo kene lah kita bagi semangat, kalau tak pergi nanti dia dapat gaji tak dapat nak merasa gaji orang baru kije pulak (niat tu kene tepat)..So, aku dengan gembira meraikan good day Dekja dengan beli bunga pastu aku design sendiri sebab tak cukup budget..kehkehkeh..nak tengok??meh..meh..


Adik EE..dah tak malu bunga kite je yang kecik..tengok kite dah ubah jadi kembang..hikhik

            

Ni bukan orang diraikan ok..tumpang lalu jerk..

                                      
                                              

                                    

Jeng..jenggg...ni baru betul..tengok bakal arkitek, dah senyum sampai telinga..lepas ni bole lah design reban  ayam Pak Andak Bedul yang ade 4 ekor kat kampung yang selalu melilau depan umah kite tu..

                                                 
 
Ehhh...over lak..cam dia pulak yang konvo.
 
Tahniah jugak buat kawan-kawan seangkatan yang berusaha bagai nak gila habiskan pengajian..lepas ni tak pening dah..korang leh jadi arkitek..gaji besau leh blanje kakak kesayangan korang ni..


Acara konvokesyen ni kalau tak 8 jam memang tak sah..dewan yang ade air-cond sejuk-sejuk ala di jepun tu just untuk parents sahaja..kitorang ni terkulat-kulat lah tunggu kat luar dewan yang panas nya tak tahu nak cerita lah..

Tiba-tiba dapat idea...Tinggggg

 
Nampak tak gigi pagar tu?? camtu lah rupanya bila dah lapar..Aku dengan Adik EE pergi penuhkan perut dulu yang berkeroncong..naik bas UITM balik semula ke seksyen 7..

Tinggal lagi 4 jam nak habis konvokesyen tu..kite pekena karaoke lah..ekekekeke..mak aku dah tak senang duduk dalam dewan tu sebab tahu aku tengah "memegang" kata mak aku..mak nak join jugak..hahaha


* Apa-apa pun..tahniah bagi student UITM yang dah berjaya..semoga bekerja dengan jujur, amanah dan ikhlas cam aku..ekekeke
                                                 









Friday, 20 May 2011

Kenapa Gigiepagar??

Hi my dear friends,

Lambat sangat update entri ni kan..maaf lah lately maxis broadband aku slow gile..jangan kata aku tak bayar bill, ok...hahaha..Katanya next entri nak cerita kisah maknenek yang dah berpisah 5 tahun kan..tapi maaf sekali lagi pada maknenek, entri kali ni aku takde mood nk cerita pasal kau ok?..sebab dah ade yang complain cerita pasal kau 'boring'..diorang yang kata bukan aku kata..jangan marah..So aku skip nanti entri bila-bila aku suka ok?

Ok next..Nak lah tau kenapa namanya gigiepagar..begini ceritanya..

Sejak dari sekolah rendah terbawak-bawak hingga aku masuk institut kawan-kawan aku memang kenal melalui gigi aku yang tak berapa nak sempurna katanya..bukan rongak tapi ade yang panggil aku "gigi salah parking", "gigi simpang", "Model sebelum guna Colgate" pun ade..kurang ajar kan!!..tapi takpe, aku terima kejadian Allah..

You all nak tau, kerana gigi ni lah ramai kawan-kawan senang mengingati aku walaupun bertahun-tahun tak berjumpa..yang paling tak bole aku dengar "Nasib baik kau letak profile picture FB nampak gigi kau yang macam pagar tak siap tu..kalau tak mesti aku dah tak perasan itu kau"..terima kasih kawan sebab puji aku bergunung-gunung..So, aku decided namakan blog ni gigiepagar supaya you all my dear friends..akan ingat aku sampai bila-bila.

* Aku bersyukur di atas nikmat dan hikmah yang Kau berikan padaku..Alhamdulillah..sesungguhnya ciptaanMu adalah yang paling sempurna.

Monday, 16 May 2011

Camner gigiepagar bole ada blog???

Hi my dear friends..

ehem-ehem..cam nervous jek kn sebab 1st time blogging..hehe..cam terpakse jerk ade blog kn?? Hasrat dh lama, tapi kuburkan sementara sebab bz ngadap TV walaupun cerita tak best..layan aje..ok back to the basic..

Tiba-tiba aku ade blog ni sebab sorang kawan kamching aku ni lah, (aku panggil MakNenek)dah x tahan dengar aku duk cerita ke bebel  ntah apa-apa jerk kat dia..Then dia suggest aku create a blog. Katanya blog tu khas untuk aku buat sambung bebel or cerita aku yg sampai dia dah pakai tongkat pun tak kan habis...walaupun tak ada sorang pun nk baca, takpe nanti dia baca bila lapang...

So, terhasil lah blog gigiepagar ni tanpa pengetahuan dia..(tak nak bagitau dia nanti aku dah tak bole cerita kisah hikayat fantasi aku..hehehe)..and the last pesanan dia yang aku ingat sepanjang dia bebel.."Tapi ko jgn lupa tiap page mesti ade kisah aku"..hahahaha..ko ingat ko lagenda aku nk hadap cerita ko tiap masa..silap-silap blog aku takde orang nk follow..adoii..itu lah kawan terbaik yang pernah aku ade walaupun kadang-kadang rase nk penampar je dia tu..

Ok lah you all..nk sedap kan ati maknenek tu..nanti aku cerita lah kisah dia setelah 5 tahun kitorang berpisah dan kini baru berjumpa..macam-macam ok..yang bole di jadikan pengajaran..Insyaallah.

Dan untuk you all..thanks a lot bagi support dengan mengikuti cerita aku yang x brape nk best ni..ni baru sikit tau..hehe..ada salah dan silap sila beri tunjuk ajar..aku budak baru belajar..I love you all. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...