Thursday 21 July 2011

Maafkan Aku..

Assalamualaikum..

Pagi yang sejuk ni tiba-tiba hati rasa sentimental..nak jiwang je rasanya..bila dalam keadaan macam ni,teringat kisah-kisah lama yang merobek hati...hati aku yang dirobek atau hati orang lain aku robek kan..tapi syahdu sangat..di kesempatan ni, aku nak mintak maaf pada seseorang yang aku dh robek-robek kan hati dia..

Kepada dia yang telah dirobek, jangan muntah untuk baca entri kali ni..simpan lah muntah kamu itu sehingga habis entri ini, kerana kemaafan ini hadirnya dari hati aku yang paling dalam..

Maafkan aku di atas secebis kesalahan ini..bukan niat nk sakitkan hati kamu, semuanya tidak disengajakan..jangan lah pergi tanpa pesan kerana pemergian kamu itu akan membawa seluruh hati aku pergi bersama..yang tinggal hanyalah jasad yang kosong tanpa jiwa di sini..

Maafkan aku..Tiada kesalahan tanpa alasan, apa kata kamu dengar dulu alasan aku walaupun agak tak munasabah yang akan buat kemarahan kamu itu penyebab darah tinggi..sekurangnya aku cuba untuk membetulkan keadaan, merapatkan persahabatan.."kerana seribu sahabat tidak setanding seorang sahabat seperti kamu.."

Maafkan aku..tak mampu menjaga persahabatan ini bagaimana janji aku..kerana aku manuasia biasa yang selalu melakukan kesilapan..

Maafkan aku kerana kasih sayang yang aku berikan dalam persahabatan ini tidak mampu menangani kesilapan yang aku lakukan sehinggakan kamu langsung tidak bagi ruang untuk aku menaburkan kemaafan walaupun sekecil tahi hidung yang dipintal..

Kemaafan aku ini disertakan rindu yang bergantang pada kamu..rindu kamu memekik di telinga aku..rindu kamu bila kamu sangat busy body pasal aku..rindu kamu aturkan jadual harian aku walaupun aku sangat menyampah saat itu..aku rindukan lawak kamu yang setaraf AMIR (I'M SORI)..ehh...tak..tak..aku cuma bergurau...dan aku rindukan gurauan kamu yang melampau itu..maaf dari aku..

Aku sangat rindukan kamu di saat ini sehinggakan kamu berjaya mengalirkan hingus aku..sekali lagi..

8 comments:

  1. kemaafan adalah dendam yang terindah...

    ReplyDelete
  2. sahabat sejati akan memaafkan kesalahan sahabatnya..walau dia tahu..kesalahan itu sukar untuk dia terima..memaafkan adalah ubat kepada kebencian.tak semua org ada sahabat..pelihara nilai sahabat ini...kamu akan rindui persahabatan ini bila kamu telah punyai keluarga sendiri...jgn racuni persahabat dgn keegoan..bukan semua org ada SAHABAT...

    ReplyDelete
  3. Shawl's Street II ~ yup..calitkan kemaafan walaupun sedikit..

    ReplyDelete
  4. Puan Salwa ~ terima kasih di atas nasihat..sgt tersentuh..huhu

    ReplyDelete
  5. ermm..best but ade unsur funny! (x leh gelak ke) :)

    ReplyDelete
  6. Ahmad Fariz ~ bole aje..jom gelak sama2..kahkahkah

    ReplyDelete
  7. apa maaf2?? tiada maaf bg mu.. wuekkkkkkk!!!!! ingat hari raya ker nk minta maaf.. hahaha...

    ReplyDelete

apa kata bagi nasihat,pandangan,bantahan,teka-teki,leteran n etc sepatah dua kata..banyak pun boleh lah..

Terima kasih..Datang Lagi yer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...