Showing posts with label Kepoh Bebenor... Show all posts
Showing posts with label Kepoh Bebenor... Show all posts

Thursday, 23 June 2011

Bila Mat Jenin Berniaga..

Assalamualaikum..

Kawan-kawan,

Hujung minggu baru-baru nih tetiba aku jadi Mat Jenin yang berjaya turun pokok..jangan tak tau aku buka gerai di Karnival sekolah adik aku..over je kan??..kalau dah berminat apa salahnya mencuba..ye tak??You all pun bole cuba gak..ntah-ntah dah jadi usahawan berjaya kot??..tahniah pada you all yang dah kaya raya macam Donald Trump..pada yang tak berapa nak berjaya cam aku ni..cuba lagi ok?? rezeki ada di mana-mana selagi kita berusaha dan tidak berputus asa..Fuhhhhh..motivasi untuk diri sendiri. Jom kita zoom, apa dah jadi pada gerai Mat Jenin nih..



mak hepinya..rindulah....
Gambar kat atas tu aku tengah tebuk lubang kat penutup cawan plastik..kalu you all nak beli cawan plastik kene pilih betul-betul..nanti kene cam aku, buat lubang sendri..adoiiiiiii

yang baju hijau tu adik Farah,  my regular customer a.k.a my assisstant..

gumbira sebab ada gak orang datang beli..hikhik
Ni hari kedua aku kat gerai..aku berjual sorang, mak sibuk dengan kenduri ..nasib baik ada adik-adik yang sangat baik ni duk tolong memeriahkan lagi gerai aku..haha..
wowww...murahnya...hahaha..pandai adik ni berlakon ek??
with adik bongsu aku, Didie a.k.a tokey maggi

haritu ramai yang baik ati nak jadi assistant aku..thank guys

pilih dik..murah jerk...

Kita tengok tokey maggi buat demontrasi..

Jengg...jengg...berjaya!!
time aku nak buat kije time tu korang nak bergamba..

Peace!!..aku pun dah jadi budak sekolah..suke..suke..

Alololololo..meh akak ajar pakai selendang..ko belit je janji tak tercekik


 Tahniah buat Didie sebab dapat jualan paling tinggi walaupun jual maggi goreng dengan ais blanded je..kalau aku tau budak-budak ni kemaruk maggi, dah lama aku angkut dapur kenduri buat goreng manggi..makan lah korang sampai muntah..

Ni dia tokey maggi with her assisstant yang suara cam speaker..tahniah Didie..nanti masak maggi untuk Kokde kat umah ok.
Walaupun rezeki tak menyebelahi aku, tapi takpe..aku dapat pengalaman yang sangat bermakna..Mak, lepas ni Mat Jenin nak berniaga lagi ...hahahaha

Sunday, 12 June 2011

Hargailah diri sendiri..

Assalamualaikum..

Hi my dear friends,

Sambil-sambil melepak makan cendol, ternampak sorang awek ni memang cun habis..package lengkap lah..kawan aku tiba-tiba bersuara "cun woo awek tu..kalau lah aku cun camtu..ish..ish.." pastu sedut cendol sampai habis siap mintak tambah lagi satu..camne nak cun kalau kau sedut cendol macam orang pam air dalam perigi..tak habis-habis..cakap dalam hati jerk, risau gak cendol penuh ke muka aku..hahaha..aku kan sahabat yang baik mestilah tenangkan kawan yang tengah jiwa kacau nih..aku bagi dia perumpamaan dia dengan awek cun tu..

Rupa bak model VS sedap mata memandang 
Awek Cun - memang dah rezeki..tapi jadi perhatian orang..nak korek daging terlekat kat celah gigi pun susah.
Kau - Ada orang kesahh??(cam jambu cakap..vote for jambu..hikhik)..kau nak korek sampai ternganga cam badak sumbu menguap pun bole..

Kurus VS Gemuk
Awek Cun - package terbaik tapi kalau pergi korea kene pakai baju tebal sebab kurang lemak..dah kene guna duit banyak beli baju.
Kau - pakai sweater ayah pergi menoreh pun takde hal, lemak ketul-ketul bole backup..sempoi..

Tinggi VS Rendah
Awek Cun -kalau kat university susah nak ponteng, lecturer senang kenal pasal kepala dia je yang nampak
Kau - Datang kelas cam chipsmore pun takpe pasal angkat tangan pun belum tentu bole perasan.

Gigi teratur VS terabur
Awek Cun - memang lah cun gigi teratur..tak dinafikan senyuman menawan kalbu..rezeki Tuhan bagi
Kau - kalau gigit epal, jadi corak abstract lak epal tu..kau je bole buat..cantik tau..rezeki Tuhan bagi gak tu..

Kereta mewah VS kereta kecil
Awek Cun - pakai kereta mewah, nak parking kene lah park tempat yang selamat, risau orang gores dan menang..hikhik..nanti kene cat baru lak..duit lagi..
Kita - kereta kecil yang comel, bole mencelah di jalan raya..nak park tak payah pening janji muat body..jimat masa.

Awek Cun ada buayapren VS kau ada aku
Awek cun - memang lah bahagia ada kekasih ati..tapi semua kene jaga..imej tu penting.
Kau - kau ada aku..aku sayang kau..aku kasi kau makan cendol banyak..kau bole kentut kuat depan aku..imej kau tak tercalar kan?

Rahsia dia VS rahsia kau
Awek cun - rahsia dia suka Serb Tan tak bole cerita kat buayapren dia..nanti gado sebab jeles..
Kau - bole cerita kat aku sapa pun kau suka..siap aku bagi idea memikat lagi..huhu

So kawan, kebahagiaan tak semestinya datang dalam bentuk yang sama,kadang-kadang kita pun tak sedar yang bahagia itu ada di celah-celah kehidupan kita kerana kita sentiasa menilai orang lain tapi langsung tak menilai tentang kelebihan yang Allah berikan pada kita..fikirkan lah..)=

Tiba-tiba kawan aku ni benti suap cendol, agkat tangan sambil jerit "saya nak cendol pulut lagi satu..kau sangat bermotivasi,time kasih bagi aku semangat"..adakah aku salah bagi motivasi sampaikan dia lagi semangat nak makan???

Thursday, 26 May 2011

Tips Jawapan Bagi Soalan Killer Pasal Kahwin..

Assalamualaikum..
Hi my dear friends,

Lately memang ramai gile kawan-kawan aku kahwin, senang cerita tinggal aku jerk lagi yang belum sampai seru...bukan seru tapi jodoh..Tahniah buat kawan-kawan yang dah berumahtangga,doakan korang bahagia sampai bila-bila and dapat anak yang bijak lagi baik lagi comel cam aku..kueng..kueng..

Itu cerita kawan sekolah kahwin..yang paling best orang kampung aku tiap-tiap minggu mesti ade kenduri..kalau lah kerajaan terbalikkan dalam seminggu ada 5 hari bercuti dan 2 hari bekerja..aku rasa beras kat rumah aku memang save lah, mesti duit simpanan ASB aku berkepuk-kepuk kalah Donald Trump..masakan tidak,bila habis kenduri confirm lah tuan rumah kasi lauk and nasi bungkus bawak balik..kalau bole nak buat pondok drive thru macam McDonald tu..hahahaha...lagi banyak sedekah,lagi banyak rezeki kan..Alhamdulillah..

Tapi yang buat jadi tak berapa nak best, aku wajib balik untuk attend kenduri orang kampung..kadang-kadang aku pun tak kenal tuan rumah tu, kerana nak jaga hati mak kesayangan..muah..muah (hutang bulan ni skip ke bulan depan yer mak)..aku buat-buat lah kenal salam peluk cium dengan tuan rumah.. Dan perkara paling tak best yang bole buat muka aku jadi macam orang terhidu bau kentut seminggu tak berak.."aku tengok mata kau tu makin berkedut..bile lagi nak langsung??" tiap kali selisih dengan orang kampung itu lah soalan yang aku dh hafal..memang dah agak dah..terima kasih makcik sebab sangat-sangat ambil berat pasal aku..entah-entah makcik perli aku tak??

Sekarang aku nak bagi tips jawapan untuk you all yang bujang kalau makcik kepoh duk sibuk tanya soalan killer nih:-

1)  Sebelum makcik tanya saya..saya nak tanya makcik, anak makcik yang kakak kepada kawan satu kelas saya tu dah kahwin?? kenduri saya lepas tu lah..(tanya dalam nada sopan tau,nanti kene penampar pulak)

2)  Lembu kat kampung ni tak cukup nak buat kenduri saya, tengah tunggu lembu Pak Mat beranak dulu..nak beli daging import risau orang tua kat kampung ni tak bole makan..(termasuklah makcik tu kan..kihkih)

3)  Tarikh semua orang dah booking..tunggu orang kampung ni habis kahwin semua dulu..

4)  Saya tak suka orang muda-muda..saya suka orang tua kat kampung ni je..Suami makcik baik, saya    suke..hehe..(memang sah korang kene simbah dengan lauk kenduri..standby nganga mulut jerk)

5)  Nanti 30hb Februari..makcik datang yer..tak datang saya merajuk..hahaha..memang confirm makcik tu tension selak kalender tak jumpa tarikh..

ok tak alasan macam tu?? bukan apa, kadang-kadang orang tak memahami..setiap kita manusia yang ada akal fikiran dan perasaan, mesti inginkan perkahwinan and ada big happy family macam cartoon Shrek tu kan..tapi kalau memang belum jodoh..kalau takdir dah tertulis.."Kau Minah (bukan nama sebenar) jodoh kau dengan anak Si Pak Andak Bedul yang bila umur dia masuk 25 thn"..tapi tahun ni anak Si Pak Andak Bedul baru 10 thn dan umur kita dah 26thn..bile bahagi darab tambah tolak..nak tunggu umur si lelaki tu 25thn, umur kita dh cecah 41 thn..apa nak di kata..dah suratan takdir and jodoh dah tertulis..Makcik nak jawab ke??..confirm makcik tu balik rumah duk tekan-tekan calculator nak jawab soalan matematik aku tu...kihkihkih..makcik..makcik..

* Pada You all yang masih bujang, jangan lah risau, umur hanyalah angka yang penting kita awet muda..kihkih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...