Thursday, 17 November 2011

KISAH BENAR..Siapa Lelaki Tua ni???

Assalamualaikum..

Cerita adalah benar-benar berlaku pada aku dan Sal..berdosa lah aku jika membuat rekaan semata..Aku pun tak tahu samada ini adalah kebetulan atau memang telah ditakdirkan..bagaimana pula pendapat korang semua?? Apa pun, aku hanya ambil yang positif dan anggap peristiwa ini sebagai pengajaran.Harap korang baca sampai habis...

16hb November 2001, 11.00 tengahari.

 Semalam..sampai je office dari balik teman kan Sal, aku terus terkam surat khabar Berita Harian..tengok kot-kot ada berita pasal Budak Disondol Lembu kat punggung..tapi tak jumpa pun..korang tau kenapa aku sibuk cari berita tu?? Sebab masa aku dan sal duk tunggu sahabat aku ambil kami lepas settle pergi Kowaja kat area belakang Sentosa Medical Center.. aku dan Sal melepak atas tangga depan Am Bank kat situ..sambil-sambil duk mengenang nasib tentang masalah yang kami hadapi sekarang yang berkaitan dengan manusia dan tuduh menuduh (tapi kami bukan mengumpat yer..just muhasabah diri)..aku terpandang seorang pakcik tua di seberang jalan, jalan pun dah tak berapa larat..tapi Nampak sihat tubuh badan..berbadan agak gempal, tinggi lebih kurang sama dengan aku, berkemeja, seluar slack, berkasut dan bawak sesuatu macam dokumen dan kertas dilipat-lipat dalam bungkusan plastik biasa..kalau orang Kelantan panggil “supit gelenya”..Tiba-tiba sambil berjalan ke arah kami..dari jauh lagi pakcik tu dah jerit cakap sesuatu  pada kami macam kawan-kawan tegur kita dari jauh sambil angkat tangan tuuuu….

“Dengar tak berita arini ada budak kene sondol dengan lembu kat belakang kat punggung dia? Sekarang budak tu ada kat hospital belakang ni haa (Sentosa Medical Center)”..aku dengan sal dah mula kaget..lain macam je pakcik ni sebab dia banyak kali sebut pasal budak tu kene sondol dek lembu kat punggung..siap buat gaya lagi..pastu dia cakap “Itu mungkin balasan yang Tuhan nak bagi terus semasa kita kat dunia ni..akhirat kita belum tentu tau nasib macamne..tapi sekarang budak tu dah sihat pun..lembu tu pun sihat, tak sakit dah”..aku lagi cuak bila dia kata lembu pun dah sihat..nak gelak pun ada..aku dan sal just senyum jela..Pastu dia sambung lagi “sepatutnya playboy-playboy yang ada sekarang patut di sagat je, suka sangat buat jahat..tak ingat dosa..bla…bla..bla..” aku tak berapa dengar apa yang dia cakap pasal playboy tu sebab bising kat situ.. Kami takut jugak lah sebab dia dah masuk topic melalut..mula tadi sondol punggung pastu playboy ..lain macam je pakcik ni..aku bukan nak fitnah tapi aku sebagai perempuan sentiasa berhati-hati untuk keselamatan diri..sekarang kan bermacam-macam kes melibatkan kaum hawa..masa tu aku dah keluarkan handphone, nak call sahabat tadi..kebetulan pulak sahabat massage kata lambat sikit ambil..aku dah gabra..aku tengok Sal..senyum je dengan muka pucat dia, tak sempat makeup (rugi aku tak ambil gambar sal masa tu)..hahahaha..Aku dah terpikir-pikir apa nak buat kalau pakcik tu bertindak melulu..

Tiba-tiba pakcik tu sambung lagi “ Biasanya orang yang bersalah akan mendapat balasan..jangan lah risau kalau kite tak bersalah..berzikir lah banyak-banyak, sembahyang jangan tinggal..tahu tak kenapa orang sembahyang tapi masih buat kejahatan?? Sebab sembahyangnya tidak sempurna..nak sembahyang  kene hati ikhlas, baru betul..kalau tak, sembahyang tu ibarat rumah takde tiang..lambat laun roboh jugak yer..ingat lah Allah sebab Dia je yang bleh tolong kita..pakcik bukan nak menggatal tapi nak sampaikan pesan..nak sampaikan utusan..bukan nak menggatal..pakcik nak beramal, kongsi dengan korang..terima kasih mendengar yer..terima kasih yer..” sambil dia ucap terima kasih banyak kali, dia beredar  naik tangga perlahan-lahan tempat kami duduk..sempat lagi pakcik tu pusing pastu cakap “ tau tak pakcik nak pergi mana? Nak pergi tingkat 8 lah..tau nak buat apa?? Nak buat apa lagi..makan lah…hahahahahaha” Dia cakap, dia jawab sendiri..sambil ketawa besar dia terus je pergi tak pandang dah kami..

Aku dengan sal masing-masing terlopong..pandang sesame sendiri..aku senyum sal pun senyum..muka macam orang baru jatuh cinta…terkemut-kemut..aku cakap kat sal “Mungkin Tuhan nak tunjuk sesuatu, dia temukan kita dengan orang ni”..tiba-tiba hati aku rasa sebak sangat, mata dah berair..tapi muka tunduk buat-buat tengok handphone..control..control..Sal lak cakap “Allah sayangkan kita..Dia nak bagi peringatan untuk bantu kita” Cisss Sal ni..menambah pulak..Lagi lah berair mata aku..kami dua-dua diam..tiba-tiba aku dengar sal dah sokk…sekk..sokk..sekk..aku ingatkan kenapa..menangis dah minah ni rupanya..dah mengalir-ngalir dah, siap nak lap dengan shawl yang dia pakai..cepat-cpeat aku bagi tisu yang aku buat lap peluh tadi..semacam dia ambil buat lap mata..hahahaha..Apalah Sal ni..aku baru je nak ambil feel nak nangis beria..dia dah nangis dulu..potong betul, dah aku kene pujuk kau pulak..aku ingat aku sorang je yang sedih..rupanya si Sal pun sama..yelah, kami sama-sama mengalami masalah yang serupa dan berdepan dengan dugaan yang sama..mau x syahdu..kat kaki lima pun jadi..

Aku tengok mata Si Sal ni makin beria lak hujan, padahal aku sendiri tengah duk control tak nangis ..risau lak aku banjir kat situ..aku buat lawak, kasi dia ketawa..semacam..ketawa pun sambil nangis..”Pakcik tu utusan dari Allah ke? Ace ko gi tengok pakcik tu ntah-ntah dah hilang”..hahahaha..Si Sal ni nak kene penampar aku rasanya..tengah sedih-sedih boleh pulak buat lawak..

Tak tau lah nak describe macamne pakcik tu..sebagai utusan memperingatkan kami ke atau kebetulan?? Sebab tiap apa yang dicakapkan ada kene mengena dengan masalah kami hadapi sekarang dan baru je kami bualkan..tapi bukan pasal sondol punggung dan playboy tu yer..T_T..tapi pasal nasihat dia supaya jangan risau jika tidak bersalah..sedangkan pakcik tu berada di sebarang jalan tempat kami tunggu sahabat..apa-apa pun aku bersyukur sangat Allah ketemukan aku dengan orang yang sangat asing tetapi kata-kata nya amat memberi kesan yang dalam bagi aku..aku rasa lega sekarang, tak perlu risau dengan sifat manusia yang suka mengaibkan orang, menghina dan mencaci sesuka hati mereka..aku hanya perlu bersabar je bila berhadapan dengan dugaan begini..mungkin ada ganjaran kerana selama ini aku hanya berdiam tidak membalas apa-apa..Mungkin aku juga ada melakukan kesilapan tapi sekurang-kurangnya aku tidak memaki dan mencaci sesiapa untuk menegakkan diri..dan aku bertanya sendiri untuk mendapatkan kepastian tapi bukan menyebarkan cerita pada satu dunia..Dan jika pesanan pakcik tu sebagai peringatan kerana kesalahan yang aku lakukan..mungkin ianya satu anugerah dan hadiah dari Allah mengingatkan aku tidak mengulangi kesalahan dan sedar betapa sayangnya DIA terhadap hambanya...Sudah lah menangis nya Sal…berhingus dah tu..atee nyeee, huduh bebenor..hahahahaha

·         ***Aku berharap akan jumpa lagi dengan pakcik tu  untuk ucapkan terima kasih kerana kata-kata dia telah membuatkan aku setenang air di kali..walaupun dia suka cerita Lembu Sondol Kat Punggung..T_T..hahahaha

Waduhh..Seronoknya Bali - Day 1

Assalamualaikum...

Wahhh..seronoknya bercuti..walaupun percutian aku ni dah agak lama tapi tetap ada kesan macam air liur basi lah, selagi x basuh ianya masih kekal kelihatan..kan.kan..

Agak-agak korang semua ni dah berbelas kali kot pergi Bali, aku baru pergi sekali dah nak kecoh..kan?? Tak kisah lah kan, aku cuma nak kongsi cerita aku kat Bali sampai korang semua naik muntah dengarnya..T_T...Kepada sesiapa yang belum pernah ke Bali, aku alu-alu kan korang jejak kan kaki ke sana..sebab budaya dan keadaan di Bali sangat berbeza dengan negara kita..tak jauh pun dari Malaysia cuma 3 jam perjalanan dengan menaiki kapal terbang..Budget takdelah mahal sangat kot package dalam 1K je..makan, kenderaan, hotel, tiket flight dan supir dah termasuk..kira gi jalan-jalan tanpa pening kepala..

Semua orang tahu Bali adalah Kepulauan Indonesia yang lebih dikenali kepulauan Hindu..yerr..memang tepat..sepanjang perjalan di Bali, dimana-mana sahaja terdapat patung Hindu yang unik..majoriti penduduk pun beragama Hindu..tetapi orang Bali sangat baik dan peramah..macam cikgu sejarah pulak..

Kalau nak cerita mengenai Bali memang sampai bengkak mata tak tido pun takkan habis..jadi, cuma nak cerita seronok dapat spent time dengan kawan baik sekaligus boleh tambah kenalan baru..huhuhu..jom aku nak kasi korang semua jeles..

Masa dalam kapal, Cda jahat suruh aku ambil gamba Omputeh tengah syiok tido..kekekeke.. gambar aku tu bila dah sampai Airport Bali, ambil semua map konon nak ambil feel pelancong..hahaha.

Sampai tu terus pergi makan..Travel Agent En. Zakaria tu memang dah pakar kat Bali, semua kedai makan halal dia dah hafal..so, aku suggest korang kalau pergi Bali gi makan kat tempat ni yer..sambal dia sedap!!





Ni lah Guesthouse tempat penginapan kami..sangat tradisional dan memang ada aura Bali yang asli..tempat ni sejuk dan nyaman jerk..tepi sawah gitu..:)-


Ni gueathouse yang kitorang menginap..
Ni lah group yang sertai aku ke Bali..lebih kurang dalam 10 orang je..lagi sikit lagi bagus..tapi diorang ni best and sporting giler..macam orang-orang muda..aku suke..(^_^)
Ni Pasar Ubud, dekat je dengan penginapan aku..banyak barang dan sangat murah..aku bagi tips kat korang, kalau nak bershopping kat sini pastikan tawar harga dengan murah dalam 50% dari harga yang diorang bagi..dari awal memang peniaga tak akan bagi..buat aje muka jual mahal korang tu, mesti peniaga akan tarik korang untuk beli dengan harga yang korang nak.




Aku beli parang yang makcik ni jual sebab dia guna besi yang elok dan kayu asli..tapi lupa nama kayu apa..aku beli sepasang parang besar dan pisau kecil untuk memasak..harga asal dalam 180,000.00 rupiah..tapi aku tawar dapat 120,000.00 rupiah, kalau duit kita dalam RM45.00..krem gak lidah nak dapat harga tu..
iklan jap..hehehehe

Gambar kiri tu pergi tempat jual barangan perhiasan yang diperbuat dari seramik..cantik, tapi tak beli sebab risau pecah..kalau perasan orang lelaki yang pakai baju kotak-kotak tu supir kami..baik dan peramah..tapi aku lupa nama dia apa..maaf yer encik..T_T

kalau nak tahu..di sini lah tempat orang bali memgadakan pesta keramaian..tu diorang tengah buat preparation untuk keramaian pada malam nya..
Kalau nak tahu..En. Zakaria bawak kami ke kebun kopi..kat sana berbagai jenis kopi ada..yang paling pelik ada kopi tahi musang atau orang bali panggil Kopi Luwak..sangat popular di sana sebab khasiat yang terkandung dari kopi ni boleh membantu mengurangkan penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung..tapi kopi Luwak ni mahal antara kopi-kopi yang ada di situ..Cara pemprosesan Kopi Luwak, mula-mula diorang kasi musang makan kopi dan najis musang yang mengandungi kopi yang dimakan tadi diasingkan dan dijemur sehingga kering..pastu diorang proses jadi kopi serbuk..korang selera tak?? T_T....

Di pintu gerbang sebelum masuk ke kebun kopi..
En.Zakaria (kiri) dan Ijal (kanan) minum kopi Ginseng dan Kopi Halia..kopi diberi  minum percuma di kebun, cuma kopi Luwak sahaja perlu dibayar dengan harga Rm2.50 secawan.
Nampak tak musang tu?? Kopi Luwak..mula-mula aku nak try, bila diorang kasi aku tengok pamplet ni terus tak jadi..hahahah
Ni Kopi Luwak yang dijemur..sisa-sisa najis musang tu ada lagi..
Ni kopi Koko kegemaran Cda..sedap tau..setiap minuman telah dikotakkan untuk dijual dengan harga RM35.00
Ni makcik tukang goreng kopi sebelum di proses jadi serbuk kopi..pantang nampak kamera mesti ber posing..
Tengok ni Padi Bukit Tegalalang..kalau tengok secara live sangat cantik dan unik..gigih betul penduduk di sini mencari rezeki dengan menanam padi atas bukit..kalau kita mungkin dah tergolek dalam sawah..hahaha

Berhenti solat..sempat lah bergambar di Masjid Bedugul kat tempat Padi Bukit yang cantik tu..just nak cerita sangat susah nak jumpa Masjid..cuma orang yang biasa dengan kawasan dan tempat di sini sahaja yang tahu kedudukan masjid.  
ni salah satu kedai makan yang halal di kawasan padi bukit tadi..menu nya lebih kurang macam Ayam Penyek..sedap..
Bawah ni adalah Ulun Danu Beratan Temple merupakan Balinese Hindu Temple yang sangat terkenal terletak di Candi Kuning, Bedugul..masa sampai tu, hujan renyai..so, gambar pun tak cun sangat (macam lah gambar lain cun..kekeke..T_T)
macam sama je nenek tu dengan kuil kat belakang tu..hahahaha
sama tak??hehehehe

Pastu kitorang pergi tengok gunung berapi..tapi dari jauh je..cun tempat tu..kalau nak tau 2 minggu lepas balik dari Bali..kejadian Gunung berapi berlaku yang masuk surat khabar tuuuu..

Sori tak nampak sangat gambar gunung berapi tu..gambar nenek ni je yang jelas..kekekeek

Amacam geng?? agak-agak seronok ke tak??hahaha..aku seronok je dapat jalan-jalan..makan angin sampai kembung..nanti aku update lagi untuk cerita Bali Day 2..ok??


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...