Thursday, 17 November 2011

Waduhh..Seronoknya Bali - Day 1

Assalamualaikum...

Wahhh..seronoknya bercuti..walaupun percutian aku ni dah agak lama tapi tetap ada kesan macam air liur basi lah, selagi x basuh ianya masih kekal kelihatan..kan.kan..

Agak-agak korang semua ni dah berbelas kali kot pergi Bali, aku baru pergi sekali dah nak kecoh..kan?? Tak kisah lah kan, aku cuma nak kongsi cerita aku kat Bali sampai korang semua naik muntah dengarnya..T_T...Kepada sesiapa yang belum pernah ke Bali, aku alu-alu kan korang jejak kan kaki ke sana..sebab budaya dan keadaan di Bali sangat berbeza dengan negara kita..tak jauh pun dari Malaysia cuma 3 jam perjalanan dengan menaiki kapal terbang..Budget takdelah mahal sangat kot package dalam 1K je..makan, kenderaan, hotel, tiket flight dan supir dah termasuk..kira gi jalan-jalan tanpa pening kepala..

Semua orang tahu Bali adalah Kepulauan Indonesia yang lebih dikenali kepulauan Hindu..yerr..memang tepat..sepanjang perjalan di Bali, dimana-mana sahaja terdapat patung Hindu yang unik..majoriti penduduk pun beragama Hindu..tetapi orang Bali sangat baik dan peramah..macam cikgu sejarah pulak..

Kalau nak cerita mengenai Bali memang sampai bengkak mata tak tido pun takkan habis..jadi, cuma nak cerita seronok dapat spent time dengan kawan baik sekaligus boleh tambah kenalan baru..huhuhu..jom aku nak kasi korang semua jeles..

Masa dalam kapal, Cda jahat suruh aku ambil gamba Omputeh tengah syiok tido..kekekeke.. gambar aku tu bila dah sampai Airport Bali, ambil semua map konon nak ambil feel pelancong..hahaha.

Sampai tu terus pergi makan..Travel Agent En. Zakaria tu memang dah pakar kat Bali, semua kedai makan halal dia dah hafal..so, aku suggest korang kalau pergi Bali gi makan kat tempat ni yer..sambal dia sedap!!





Ni lah Guesthouse tempat penginapan kami..sangat tradisional dan memang ada aura Bali yang asli..tempat ni sejuk dan nyaman jerk..tepi sawah gitu..:)-


Ni gueathouse yang kitorang menginap..
Ni lah group yang sertai aku ke Bali..lebih kurang dalam 10 orang je..lagi sikit lagi bagus..tapi diorang ni best and sporting giler..macam orang-orang muda..aku suke..(^_^)
Ni Pasar Ubud, dekat je dengan penginapan aku..banyak barang dan sangat murah..aku bagi tips kat korang, kalau nak bershopping kat sini pastikan tawar harga dengan murah dalam 50% dari harga yang diorang bagi..dari awal memang peniaga tak akan bagi..buat aje muka jual mahal korang tu, mesti peniaga akan tarik korang untuk beli dengan harga yang korang nak.




Aku beli parang yang makcik ni jual sebab dia guna besi yang elok dan kayu asli..tapi lupa nama kayu apa..aku beli sepasang parang besar dan pisau kecil untuk memasak..harga asal dalam 180,000.00 rupiah..tapi aku tawar dapat 120,000.00 rupiah, kalau duit kita dalam RM45.00..krem gak lidah nak dapat harga tu..
iklan jap..hehehehe

Gambar kiri tu pergi tempat jual barangan perhiasan yang diperbuat dari seramik..cantik, tapi tak beli sebab risau pecah..kalau perasan orang lelaki yang pakai baju kotak-kotak tu supir kami..baik dan peramah..tapi aku lupa nama dia apa..maaf yer encik..T_T

kalau nak tahu..di sini lah tempat orang bali memgadakan pesta keramaian..tu diorang tengah buat preparation untuk keramaian pada malam nya..
Kalau nak tahu..En. Zakaria bawak kami ke kebun kopi..kat sana berbagai jenis kopi ada..yang paling pelik ada kopi tahi musang atau orang bali panggil Kopi Luwak..sangat popular di sana sebab khasiat yang terkandung dari kopi ni boleh membantu mengurangkan penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung..tapi kopi Luwak ni mahal antara kopi-kopi yang ada di situ..Cara pemprosesan Kopi Luwak, mula-mula diorang kasi musang makan kopi dan najis musang yang mengandungi kopi yang dimakan tadi diasingkan dan dijemur sehingga kering..pastu diorang proses jadi kopi serbuk..korang selera tak?? T_T....

Di pintu gerbang sebelum masuk ke kebun kopi..
En.Zakaria (kiri) dan Ijal (kanan) minum kopi Ginseng dan Kopi Halia..kopi diberi  minum percuma di kebun, cuma kopi Luwak sahaja perlu dibayar dengan harga Rm2.50 secawan.
Nampak tak musang tu?? Kopi Luwak..mula-mula aku nak try, bila diorang kasi aku tengok pamplet ni terus tak jadi..hahahah
Ni Kopi Luwak yang dijemur..sisa-sisa najis musang tu ada lagi..
Ni kopi Koko kegemaran Cda..sedap tau..setiap minuman telah dikotakkan untuk dijual dengan harga RM35.00
Ni makcik tukang goreng kopi sebelum di proses jadi serbuk kopi..pantang nampak kamera mesti ber posing..
Tengok ni Padi Bukit Tegalalang..kalau tengok secara live sangat cantik dan unik..gigih betul penduduk di sini mencari rezeki dengan menanam padi atas bukit..kalau kita mungkin dah tergolek dalam sawah..hahaha

Berhenti solat..sempat lah bergambar di Masjid Bedugul kat tempat Padi Bukit yang cantik tu..just nak cerita sangat susah nak jumpa Masjid..cuma orang yang biasa dengan kawasan dan tempat di sini sahaja yang tahu kedudukan masjid.  
ni salah satu kedai makan yang halal di kawasan padi bukit tadi..menu nya lebih kurang macam Ayam Penyek..sedap..
Bawah ni adalah Ulun Danu Beratan Temple merupakan Balinese Hindu Temple yang sangat terkenal terletak di Candi Kuning, Bedugul..masa sampai tu, hujan renyai..so, gambar pun tak cun sangat (macam lah gambar lain cun..kekeke..T_T)
macam sama je nenek tu dengan kuil kat belakang tu..hahahaha
sama tak??hehehehe

Pastu kitorang pergi tengok gunung berapi..tapi dari jauh je..cun tempat tu..kalau nak tau 2 minggu lepas balik dari Bali..kejadian Gunung berapi berlaku yang masuk surat khabar tuuuu..

Sori tak nampak sangat gambar gunung berapi tu..gambar nenek ni je yang jelas..kekekeek

Amacam geng?? agak-agak seronok ke tak??hahaha..aku seronok je dapat jalan-jalan..makan angin sampai kembung..nanti aku update lagi untuk cerita Bali Day 2..ok??


2 comments:

  1. emmmm btw thanks my lovely pren....coz....bnyk pic aku lam nie....hik...hik...next entry upload pic aku bnyk2 ag k..

    ReplyDelete

apa kata bagi nasihat,pandangan,bantahan,teka-teki,leteran n etc sepatah dua kata..banyak pun boleh lah..

Terima kasih..Datang Lagi yer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...