Cerita adalah benar-benar berlaku pada aku dan Sal..berdosa lah aku jika membuat rekaan semata..Aku pun tak tahu samada ini adalah kebetulan atau memang telah ditakdirkan..bagaimana pula pendapat korang semua?? Apa pun, aku hanya ambil yang positif dan anggap peristiwa ini sebagai pengajaran.Harap korang baca sampai habis...
16hb November 2001, 11.00 tengahari.
Semalam..sampai je office dari balik teman kan Sal, aku terus terkam surat khabar Berita Harian..tengok kot-kot ada berita pasal Budak Disondol Lembu kat punggung..tapi tak jumpa pun..korang tau kenapa aku sibuk cari berita tu?? Sebab masa aku dan sal duk tunggu sahabat aku ambil kami lepas settle pergi Kowaja kat area belakang Sentosa Medical Center.. aku dan Sal melepak atas tangga depan Am Bank kat situ..sambil-sambil duk mengenang nasib tentang masalah yang kami hadapi sekarang yang berkaitan dengan manusia dan tuduh menuduh (tapi kami bukan mengumpat yer..just muhasabah diri)..aku terpandang seorang pakcik tua di seberang jalan, jalan pun dah tak berapa larat..tapi Nampak sihat tubuh badan..berbadan agak gempal, tinggi lebih kurang sama dengan aku, berkemeja, seluar slack, berkasut dan bawak sesuatu macam dokumen dan kertas dilipat-lipat dalam bungkusan plastik biasa..kalau orang Kelantan panggil “supit gelenya”..Tiba-tiba sambil berjalan ke arah kami..dari jauh lagi pakcik tu dah jerit cakap sesuatu pada kami macam kawan-kawan tegur kita dari jauh sambil angkat tangan tuuuu….
“Dengar tak berita arini ada budak kene sondol dengan lembu kat belakang kat punggung dia? Sekarang budak tu ada kat hospital belakang ni haa (Sentosa Medical Center)”..aku dengan sal dah mula kaget..lain macam je pakcik ni sebab dia banyak kali sebut pasal budak tu kene sondol dek lembu kat punggung..siap buat gaya lagi..pastu dia cakap “Itu mungkin balasan yang Tuhan nak bagi terus semasa kita kat dunia ni..akhirat kita belum tentu tau nasib macamne..tapi sekarang budak tu dah sihat pun..lembu tu pun sihat, tak sakit dah”..aku lagi cuak bila dia kata lembu pun dah sihat..nak gelak pun ada..aku dan sal just senyum jela..Pastu dia sambung lagi “sepatutnya playboy-playboy yang ada sekarang patut di sagat je, suka sangat buat jahat..tak ingat dosa..bla…bla..bla..” aku tak berapa dengar apa yang dia cakap pasal playboy tu sebab bising kat situ.. Kami takut jugak lah sebab dia dah masuk topic melalut..mula tadi sondol punggung pastu playboy ..lain macam je pakcik ni..aku bukan nak fitnah tapi aku sebagai perempuan sentiasa berhati-hati untuk keselamatan diri..sekarang kan bermacam-macam kes melibatkan kaum hawa..masa tu aku dah keluarkan handphone, nak call sahabat tadi..kebetulan pulak sahabat massage kata lambat sikit ambil..aku dah gabra..aku tengok Sal..senyum je dengan muka pucat dia, tak sempat makeup (rugi aku tak ambil gambar sal masa tu)..hahahaha..Aku dah terpikir-pikir apa nak buat kalau pakcik tu bertindak melulu..
Tiba-tiba pakcik tu sambung lagi “ Biasanya orang yang bersalah akan mendapat balasan..jangan lah risau kalau kite tak bersalah..berzikir lah banyak-banyak, sembahyang jangan tinggal..tahu tak kenapa orang sembahyang tapi masih buat kejahatan?? Sebab sembahyangnya tidak sempurna..nak sembahyang kene hati ikhlas, baru betul..kalau tak, sembahyang tu ibarat rumah takde tiang..lambat laun roboh jugak yer..ingat lah Allah sebab Dia je yang bleh tolong kita..pakcik bukan nak menggatal tapi nak sampaikan pesan..nak sampaikan utusan..bukan nak menggatal..pakcik nak beramal, kongsi dengan korang..terima kasih mendengar yer..terima kasih yer..” sambil dia ucap terima kasih banyak kali, dia beredar naik tangga perlahan-lahan tempat kami duduk..sempat lagi pakcik tu pusing pastu cakap “ tau tak pakcik nak pergi mana? Nak pergi tingkat 8 lah..tau nak buat apa?? Nak buat apa lagi..makan lah…hahahahahaha” Dia cakap, dia jawab sendiri..sambil ketawa besar dia terus je pergi tak pandang dah kami..
Aku dengan sal masing-masing terlopong..pandang sesame sendiri..aku senyum sal pun senyum..muka macam orang baru jatuh cinta…terkemut-kemut..aku cakap kat sal “Mungkin Tuhan nak tunjuk sesuatu, dia temukan kita dengan orang ni”..tiba-tiba hati aku rasa sebak sangat, mata dah berair..tapi muka tunduk buat-buat tengok handphone..control..control..Sal lak cakap “Allah sayangkan kita..Dia nak bagi peringatan untuk bantu kita” Cisss Sal ni..menambah pulak..Lagi lah berair mata aku..kami dua-dua diam..tiba-tiba aku dengar sal dah sokk…sekk..sokk..sekk..aku ingatkan kenapa..menangis dah minah ni rupanya..dah mengalir-ngalir dah, siap nak lap dengan shawl yang dia pakai..cepat-cpeat aku bagi tisu yang aku buat lap peluh tadi..semacam dia ambil buat lap mata..hahahaha..Apalah Sal ni..aku baru je nak ambil feel nak nangis beria..dia dah nangis dulu..potong betul, dah aku kene pujuk kau pulak..aku ingat aku sorang je yang sedih..rupanya si Sal pun sama..yelah, kami sama-sama mengalami masalah yang serupa dan berdepan dengan dugaan yang sama..mau x syahdu..kat kaki lima pun jadi..
Aku tengok mata Si Sal ni makin beria lak hujan, padahal aku sendiri tengah duk control tak nangis ..risau lak aku banjir kat situ..aku buat lawak, kasi dia ketawa..semacam..ketawa pun sambil nangis..”Pakcik tu utusan dari Allah ke? Ace ko gi tengok pakcik tu ntah-ntah dah hilang”..hahahaha..Si Sal ni nak kene penampar aku rasanya..tengah sedih-sedih boleh pulak buat lawak..
Tak tau lah nak describe macamne pakcik tu..sebagai utusan memperingatkan kami ke atau kebetulan?? Sebab tiap apa yang dicakapkan ada kene mengena dengan masalah kami hadapi sekarang dan baru je kami bualkan..tapi bukan pasal sondol punggung dan playboy tu yer..T_T..tapi pasal nasihat dia supaya jangan risau jika tidak bersalah..sedangkan pakcik tu berada di sebarang jalan tempat kami tunggu sahabat..apa-apa pun aku bersyukur sangat Allah ketemukan aku dengan orang yang sangat asing tetapi kata-kata nya amat memberi kesan yang dalam bagi aku..aku rasa lega sekarang, tak perlu risau dengan sifat manusia yang suka mengaibkan orang, menghina dan mencaci sesuka hati mereka..aku hanya perlu bersabar je bila berhadapan dengan dugaan begini..mungkin ada ganjaran kerana selama ini aku hanya berdiam tidak membalas apa-apa..Mungkin aku juga ada melakukan kesilapan tapi sekurang-kurangnya aku tidak memaki dan mencaci sesiapa untuk menegakkan diri..dan aku bertanya sendiri untuk mendapatkan kepastian tapi bukan menyebarkan cerita pada satu dunia..Dan jika pesanan pakcik tu sebagai peringatan kerana kesalahan yang aku lakukan..mungkin ianya satu anugerah dan hadiah dari Allah mengingatkan aku tidak mengulangi kesalahan dan sedar betapa sayangnya DIA terhadap hambanya...Sudah lah menangis nya Sal…berhingus dah tu..atee nyeee, huduh bebenor..hahahahaha
· ***Aku berharap akan jumpa lagi dengan pakcik tu untuk ucapkan terima kasih kerana kata-kata dia telah membuatkan aku setenang air di kali..walaupun dia suka cerita Lembu Sondol Kat Punggung..T_T..hahahaha
hahahaaha...novelist terbaik mu La... :) Peace....
ReplyDeletemmg terrrrrrrrrrrbaekk lah....i alwiz 4loww...tp slalu2 lah update eh...
ReplyDeleteAzu ~ kakkk..ada cita2 tu tapi tak kesampaian.hehehe..tapi ni true story maaaa..
ReplyDeleteAnonymous : thanks follow my blog..akan usaha update yang terbaik untuk anda..**wink..
lama dh baca br rini berkesempatan komen,
ReplyDeletegud entri, macam ni lah update..
rajin2 kan diri ye update....